fbpx
PASUKAN negara terpaksa akur tewas 1-4 kepada India biarpun bermula garang pada aksi Super Piala Asia. - HOCKEY INDIA

Piala Asia: Malaysia akur kehebatan India, tewas 1-4

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Hasrat pasukan hoki lelaki kebangsaan untuk mengesahkan tempat ke perlawanan akhir Piala Asia 2025 lebih awal tidak kesampaian selepas tewas 1-4 kepada tuan rumah, India pada aksi Super 4 sebentar tadi.

Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar itu, Speedy Tigers bermula garang apabila mendahului 1-0 seawal minit kedua menerusi gol padang dilakukan Muhammad Syafiq Hassan.

Jaringan awal itu nyata membuatkan India tersentak dan mula melancarkan serangan demi serangan ke arah pintu gol Speedy Tigers, namun berjaya dikekang benteng pertahanan negara hingga tamat suku masa pertama.

Memasuki suku masa kedua, kebangkitan India bermula apabila menjaringkan dua gol dalam tempoh dua minit menerusi pukulan sudut penalti (PC) Manpreet Singh (m-17) serta gol padang Sukhjeet Singh (m-19).

Lima minit kemudian, pintu gol Malaysia bocor lagi, kali ini menerusi gol padang yang cukup menarik menerusi Shilanand Lakra, sekali gus meletakkan India mendahului 3-1 hingga tamat suku masa kedua.

Skuad kendalian Sarjit Singh yang cuba untuk merapatkan kedudukan terus mencuba nasib di suku masa ketiga, namun sebaliknya yang berlaku apabila India menambah gol keempat menerusi gol padang Vivek Prasad pada minit ke-38.

Bersambung suku masa keempat, India seolah-olah mengendurkan asakan dan Malaysia menggunakan peluang untuk melancarkan serangan, namun kedudukan 1-4 kekal hingga tamat perlawanan.

Menerusi keputuan itu, persaingan untuk ke perlawanan akhir kembali terbuka dengan India mendahului saingan Super 4 dengan empat mata selepas sekadar seri 2-2 menentang Korea Selatan semalam.

Malaysia akan mendapat rehat sehari esok sebelum membuat perhitungan menentang Korea Selatan bagi aksi terakhir Super 4 yang akan berlangsung Sabtu nanti. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI