fbpx
MAJLIS perkahwinan Kim Jong-kook yang berlangsung secara privasi hari ini hanya dihadiri keluar dan teman rapat.

Kim Jong-kook sah bergelar suami

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENYANYI dan ahli program realiti Running Man, Kim Jong-kook selamat melangsungkan perkahwinannya di Seoul pada hari ini.

Majlis serba sederhana tersebut hanya dihadiri keluarga terdekat dan rakan rapat.

Bagaimanapun, Jong-kook, 49, masih tidak mendedahkan identiti isterinya yang bukan dari kalangan selebriti.

Difahamkan, rakannya yang juga pengacara, Yoo Jae-suk diberi kepercayaan pengemudi acara berkenaan.

Sebelum ini, Jong-kook mengejutkan peminat dengan berita menamatkan zaman bujangnya.

Perkara tersebut dikongsikan menerusi sepucuk surat yang ditulis buat peminat sempena ulang tahun ke-30 penglibatannya dalam dunia seni.

Dia juga meminta peminat terus memberi sokongan dalam menempuh fasa baharu dalam kehidupan selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN