PETALING JAYA – Ardell Aryana dalam satu siaran langsung TikTok menepis dakwaan segelintir netizen menuduh kononnya mereka yang menyertai misi kemanusiaan ini hanya ‘bercuti’ di atas bot, tanpa mengetahui kesukaran sebenar dilalui oleh pasukan misi.
Dalam siaran tersebut, Ardell menceritakan bagaimana dia ditugaskan menaiki bot kecil dan mereka tidak boleh memilih sama ada bot, kapal atau pasukan, semuanya ditentukan pihak pengurusan misi.
“Saya tak boleh tidur, Sekarang tengah tengok langit, tengok ada dron ke tak atas bot. Hari tu ada dua dron saya kena update,” katanya.
Dia turut menceritakan insiden ribut kuat yang menyebabkan bot mereka hampir terbalik. Besi pemegang bot yang tebal dan kukuh pun boleh ‘berlipat dua’ akibat ribut tersebut.
“Bayangkan ribut kalau bot kecil ni macam mana? Sedangkan kapal besar pun bergoyang,” katanya.
Dia turut berkongsi kesukaran untuk solat di atas bot kecil yang sentiasa bergoyang, di samping kekangan bekalan asas seperti air dan ruang.
“Satu hari tiga jam tidur, satu pasukan sembilan orang, barang-barang semua padat. Holiday ke macam ni korang?” soalnya penuh emosi.
Ardell kini berada dalam misi kemanusiaan flotilla ke Gaza bersama beberapa aktivis lain dalam usaha memecahkan kepungan untuk menyampaikan bantuan kemanusiaan kepada mangsa perang di Gaza.- KOSMO! ONLINE.