RIO DE JANEIRO – Pemain muda Brazil, Estevao mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri selepas meledak gol untuk membantu pasukan menewaskan Chile 3-0 dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Maracana, pagi tadi.
Lebih manis, Estevao yang beraksi dengan kelab Chelsea memahat sejarah tersendiri apabila menjadi penjaring termuda selepas legenda Selecao, Pele untuk meledak gol pada perlawanan kompetitif pada usia 18 tahun.
Namun, rekod Pele masih belum terjejas apabila menjaringkan gol pada aksi final Piala Dunia 1958 ketika usia 17 tahun.
Bagaimanapun, pengendali Brazil, Carlo Ancelotti mengakui masih perlukan masa untuk mengenali semua pemain memandangkan baru mengendalikan pasukan sejak Mei lepas.
“Secara teknikal, saya rasa pemain langsung tidak memberikan sebarang masalah, tetapi kali ini kita memanggil ramai pemain baharu dan saya perlu kenal mereka dengan lebih mendalam,” katanya. – KOSMO! ONLINE