fbpx
Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Anugerah Tokoh Perdana Maulidur Rasul kepada Abdul Rashid yang turut disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1447H/2025 Peringkat Kebangsaan di MAEPS, hari ini. - Foto oleh MUHAMAD IQBAL ROSLI / KOSMO!

‘Bekerja keras dan kembalikan kepada masyarakat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SERDANG – Penerima Tokoh Perdana Anugerah Maulidur Rasul, Tan Sri Abdul Rashid Hussain menyifatkan segala peranan dan sumbangan yang dilakukan selama ini sebagai tanggungjawabnya kepada umat Islam.

Pengerusi Lembaga Tabung Haji itu berkata, dalam masa sama beliau berharap kerja keras dilakukannya juga sebagai contoh kepada umat Islam yang lain agar menyumbang kembali kepada masyarakat.

“Saya bekerja keras dan memberikannya kembali kepada masyarakat. Ini Kepercayaan saya bahawa sebagai seorang muslim yang beramal dengan Islam.

“Malah saya harap ini akan memberikan contoh baik kepada semua untuk sentiasa memberikan kembali kepada masyarakat. Saya seorang yang sangat memegang prinsip ini,” katanya kepada media pada pada sambutan Maulidur Rasul SAW Peringkat Kebangsaan Tahun 1446H/2025M di sini hari ini.

Abdul Rashid turut mengucapkan penghargaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri di Jabatan Agama Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd Na’im Mokhtar berhubung penganugerahan yang diterima.

“Tak terkata, bersyukur atas kurniaan ini dan saya berharap akan terus diberikan nikmat dan kebaikan kepada ummah dan agama untuk masa depan. Kita meraikan teladan Rasulullah yang mengajarkan kita kebaikan,” katanya.

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan hadiah wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan kepada beliau pada majlis berkenaan yang berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) di sini, hari ini.

Abdul Rashid merupakan Presiden ke-10 Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), bermula Julai 2025 hingga Jun 2028 serta Pro–Canselor Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) (2024–2027).

Beliau dikenali sebagai hartawan yang menyumbang secara besar-besaran kepada infrastruktur Islam, antaranya Masjid A’ishah, Sungai Mengulu, Langkawi yang dibina sekitar 1995.

Selain itu, Masjid Hussain, Seremban 2 yang dibina pada tahun 2014 serta Masjid Sri Sendayan, Seremban iaitu dimulakan pembinaannya pada 2015 dan siap sepenuhnya pada 2019. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI