BEBERAPA bulan lepas, saya dan rakan berpeluang berehat di air terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu. Pada mulanya, kami hanya ingin berkelah sambil menikmati flora dan fauna yang terdapat di sana. Namun, alang-alang sudah sampai, kami turut mencuba mencari ‘lesen’ ikan sikang atau popular dipanggil Malayan Trout. Sebenarnya, ikan sikang bukan tergolong di dalam keluarga ikan trout. Namun, bentuk dan rupanya yang seakan ikan trout membuatkan ia dipanggil sebagai Malayan Trout. Belukar Bukit, Hulu Terengganu atau dikenali sebagai Sungai Betong merupakan……