JAKARTA – Seorang penunggang teksi motosikal di Medan, wilayah Sumatera Utara terkejut apabila diminta menghantar nasi himpit berisi dadah, lapor portal berita Suara Sumut.
Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @tkpmedan menunjukkan beberapa bungkusan berisi dadah diletakkan bersama nasi himpit di dalam daun pisang.
Dia segera membawa ‘makanan’ itu ke Balai Polis Medan Kota.
Polis kemudian berjaya menahan penghantar bungkusan tersebut.
Rakaman itu mencatatkan lebih 731,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.
“Siapa benarkan ‘rider’ buka pesanan pelanggan?” kata seorang netizen. – AGENSI