BESUT – Cuaca tidak menentu termasuk laut bergelora yang sedang melanda Pantai Timur termasuk Terengganu pada masa ini dipengaruhi oleh kejadian ribut tropika yang sedang berlaku di Filipina dan utara Laut China Selatan. Pengarah Meteorologi Terengganu, Rosli Zakaria berkata, Monsun Barat Daya yang meningkatkan kelajuan angin dari arah barat juga meningkatkan fenomena ribut petir dan hujan lebat serta laut bergelora di Pantai Timur terutama pada waktu petang. “Terengganu secara amnya boleh menerima kesan daripada ribut tropika itu (dari Filipina dan……