fbpx
Anggota polis membawa tertuduh untuk didakwa atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Mekanik didakwa ‘pegang’ anak tiri awal pagi merdeka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA BHARU – Seorang mekanik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak perempuan tirinya di Bachok Sabtu lalu.

Tertuduh yang berusia 34 tahun membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Lelaki itu didakwa mencabul mangsa yang berusia 14 tahun tiga bulan di sebuah rumah di Bachok kira-kira pukul 4 pagi, 31 Ogos lalu.

Oleh itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Pertuduhan turut dibaca bersama Seksyen 16(1) akta sama kerana tertuduh mempunyai hubungan amanah dengan mangsa yang memperuntukkan hukuman penjara tambahan sehingga lima tahun dan dua sebatan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyimie Rosli tidak mencadangkan sebarang jaminan kerana kesalahan melibatkan jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Mahkamah menetapkan 7 Oktober ini untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI