fbpx
Lokasi kejadian sebuah kereta terjunam ke dalam sungai di jambatan Tanjung Agas hari ini.

Kereta terjunam sungai: Adik selamat, abang meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PORT DICKSON – Seorang kanak-kanak lelaki maut, manakala adik perempuannya dikejarkan ke hospital selepas kenderaan yang dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai di jambatan Tanjung Agas di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri berkata, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun itu berjaya dinaikkan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) daripada kereta yang tenggelam pada kedalaman tiga meter kira-kira pukul 1.28 tengah hari.

Katanya, mangsa diserahkan pada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) dan dibawa ke hospital.

“Pada pukul 1.47 tengah hari, mangsa kedua kanak kanak lelaki berusia sembilan tahun dinaikkan dan disahkan meninggal dunia oleh pihak KKM,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurut jurucakap itu, berdasarkan maklumat awal, berlaku kemalangan melibatkan kereta jenis Nissan Teana yang terjatuh dalam sungai.

“Terdapat empat mangsa, seorang lelaki dan wanita dewasa dipercayai suami isteri diselamatkan oleh orang awam,” katanya.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Maslan Udin turut hadir di lokasi kejadian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI