fbpx
Tangkap layar video Andriyani Juwita menceritakan anaknya membawa pulang jam tangan Richard Mille bernilai sekitar 11.7 bilion rupiah (RM3 juta) milik Ahmad Sahroni.

Kami tidak tidur kerana anak bawa balik jam RM3 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Dalam tempoh 24 jam, kami tak boleh tidur sebab jam itu hak orang,” demikian luahan seorang ibu dari Indonesia berhubung tindakan anaknya membawa pulang jam tangan mewah milik Ahli Parlimen Parti NasDem, Ahmad Sahroni.

Jam tangan mewah Richard Mille bernilai sekitar 11.7 bilion rupiah (RM3 juta) dilarikan ketika rumah Ahmad Sahroni di kawasan Tanjung Priok, Jakarta Utara, dirompak kumpulan perusuh Sabtu lalu.

Menerusi temu bual satu rancangan di Indonesia, Andriyani Juwita menceritakan kejadian anaknya membawa pulang ke rumah jam tangan berkenaan yang dikatakan diambil daripada individu lain.

“Saya dimaklumkan oleh jiran-jiran dan ternyata ada viral (tular). Saya terkejut dan panggil anak untuk ceritakan dahulu. Saya tanya waktu itu jam mahal dan dia tahu mahal, mungkin jutaan (rupiah).

“Saya lihat di media sosial, ‘kamu viral macam ni’. 11 bilion rupiah bukan main-main dan saya mahu kembalikan jam tangan berkenaan. Saya lapor kepada Pak RT (Ketua Rukun Tetangga) dan seterusnya Pak RW (Ketua Rukun Warga),” katanya pada temu bual berkenaan.

Wanita itu berkata, dia berasa lega apabila jam tangan tersebut telah dikembalikan kepada Ahmad Sahroni.

Media melaporkan, seutas jam tangan Richard Mille milik Ahmad Sahroni telah dipulangkan selepas dicuri semasa serbuan ke atas rumahnya, lapor laman berita Kumparan.

Penduduk dipetik berkata, beberapa barangan lain yang telah diambil juga telah dipulangkan. Dia mengaku tidak mengetahui identiti sebenar orang yang mengambil jam itu.

Video pemulangan jam tangan itu menjadi tular di media sosial.

Dalam video yang dikongsikan, kelihatan ibu bapa pelaku menyerahkan jam tangan kepada seorang ketua masyarakat setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI