fbpx
Gambar yang dimuat naik pengguna terbabit di akaun Facebooknya.

Hujan sejam terus banjir di Hulu Langat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Beberapa kawasan di Hulu Langat, Selangor dinaiki air akibat banjir kilat berikutan hujan lebat petang tadi.

Menerusi hantaran seorang penduduk di Facebook dikenali sebagai Amil Huda, rumahnya di Felcra Semungkis dinaiki air walaupun hujan hanya turun kira-kira sejam sahaja.

Kelihatan dalam beberapa gambar dimuat naik, beberapa perkakas elektrik terpaksa dialihkan ke tempat yang lebih tinggi demi mengelakkan ia daripada rosak.

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai yang mendoakan agar penghuni rumah tersebut diberikan kemudahan dan kesabaran dalam menghadapi bencana alam itu.

Terdahulu Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia serta pedalaman Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan, menerusi satu kenyataan, negeri yang terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri Sembilan serta Sabah dan Sarawak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI