fbpx
Ibu David tidak dapat menahan sebak apabila berjumpa dengan anaknya malam tadi.

David Balisong dipercayai sewa bilik hotel bersama empat pengembara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Remaja warga Britain, David Balisong yang ditemui selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu di sini dipercayai menyewa bilik bersama empat pengembara sejak 14 Julai lalu.

Aktivis Uncle Kentang atau nama sebenarnya, Kuan Chee Heng berkata, dia menerima maklumat daripada seorang individu yang memaklumkan melihat remaja lelaki menyerupai David di hotel berkenaan.

Katanya, beliau segera menghubungi pihak berkuasa sebelum David, 17, dijumpai di dalam  bilik di hotel tersebut.

“Individu berkenaan menghubungi saya selepas membaca berita mengenai kehilangan David. Remaja itu menyewa bilik bersama empat rakan pengembara dari beberapa buah negara.

“Saya ingin berterima kasih kepada pihak Polis Kuala Lumpur kerana bertindak pantas dalam perkara ini,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang dilaporkan hilang sejak Jun lalu ditemui dalam keadaan selamat di sebuah hotel di Jalan Pudu oleh sepasukan polis kira-kira pukul 7 malam tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Sebelum ini, ibu kepada David merayu rakyat Malaysia supaya membantunya dan pihak Polis Diraja Malaysia untuk mencari anak lelakinya yang hilang tanpa jejak sejak tiga bulan lalu.

David, seorang pelajar cemerlang dari Cheadle, Greater Manchester meninggalkan rumah keluarganya pada awal pagi 6 Jun lalu dan memaklumkan abangnya bahawa dia mempunyai urusan di sekolah.

Sebaliknya, remaja itu menaiki penerbangan dari Manchester ke Kuala Lumpur seorang diri sebelum mematikan telefon bimbir selain tidak membalas e-mel.

Kali terakhir remaja itu menghantar e-mel kepada ibunya adalah pada 9 Julai lalu. Kandungan e-mel itu antaranya mengenai luahan David yang meminta keluarga supaya jangan bimbang dan tidak mencarinya selain mendoakan kesemua ahli keluarga supaya berjaya dalam kehidupan.

Remaja tersebut turut memohon maaf kerana bertindak demikian. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI