fbpx
Ahmad Zahid pada sesi dialog Belanjawan 2026 KKDW bersama pihak berkepentingan di Putrajaya di sini, hari ini. Foto oleh FAISOL MUSTAFA/ KOSMO!

Belanjawan 2026: KKDW cadang wujudkan TVET OKU

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) mencadangkan mewujudkan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) khusus bagi golongan orang kelainan upaya (OKU).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perkara itu antara dikemukakan pada sesi dialog Belanjawan 2026 Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), hari ini.

“Saya akan kemukakan cadangan ini kepada Kementeriaan Kewangan untuk dijadikan sebagai salah satu agenda di dalam ucapan Belanjawan pada 10 Oktober ini.

“Komuniti OKU dan golongan istimewa ini harus diberikan peluang sama rata dan kursus-kursus yang bersesuaian dengan cita rasa mereka serta bertepatan dengan kehendak pasaran,” katanya ketika ditemui pada selepas menghadiri sesi dialog yang diadakan secara tertutup di sini, hari ini.

Katanya, antara cadangan lain dikemukakan termasuk membuka akses TVET kepada pelajar sekolah pondok.

Ahmad Zahid berkata, beliau turut menerima cadangan untuk mewujudkan program TVET maritim di Pantai Timur bagi melatih belia dalam bidang kelautan dan keusahawanan laut dalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN