fbpx
Adnan (tengah) ketika ditemui pada majlis Makan Malam Apresiasi Madani Cuepacs Terengganu di Kuala Terengganu semalam.

2,000 jururawat masyarakat lulus PSL tunggu naik pangkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Kesatuan Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) merayu kerajaan agar menyegerakan pengesahan kira-kira 2,000 jururawat masyarakat yang telah melepasi Peningkatan Secara Lantikan (PSL) ke lantikan tetap.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, ia penting bagi memenuhi keperluan mendesak sektor perubatan negara yang kini berdepan beban tugas tinggi ekoran kekurangan kakitangan.

“Hampir 2,000 jururawat masyakat telah lulus PSL tetapi masih belum dilantik kepada jururawat terlatih iaitu kenaikan pangkat daripada gred U1 kepada U5.

“Sehubungan itu, kami merayu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) agar melaksanakan secepat mungkin (pengesahan ke lantikan tetap) kerana keperluan jururawat pada masa ini amat mendesak,” katanya pada majlis Makan Malam Apresiasi Madani anjuran Cuepacs Terengganu di sini malam tadi.

Adnan berkata, Cuepacs juga berharap jururawat masyarakat yang berhak dinaikkan gred tersebut tidak akan ditukarkan ke tempat kerja jauh termasuk di Sabah dan Sarawak.

Sebaliknya beliau berkata, sebaiknya mereka diberi peluang untuk terus bertugas di tempat sama yang sebenarnya turut masih mempunyai banyak kekosongan.

“Jangan terikut-ikut dasar ubah mereka (jururawat) ke tempat lain semata-mata telah diberi jawatan tetap.

“Lihatlah kekosongan di tempat sama, Kenapa tidak dikekalkan di tempat sama bagi memudahkan dan menceriakan mereka untuk bekerja dengan lebih baik,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN