fbpx
Shazeli ketika sidang akhbar di Shah Alam hari ini. Foto AFIQ RAZALI/ KOSMO!

Pegawai polis antara ditahan kes curi dalam banglo inap desa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Sepasukan anggota polis termasuk seorang pegawai kanan polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang ditahan bagi membantu siasatan kehilangan barangan peribadi bernilai ratusan ribu ringgit daripada sebuah inap desa jenis banglo tiga tingkat di sekitar Kajang.

Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar berkata, tangkapan dilakukan lewat petang semalam susulan laporan diterima pihaknya pada 29 Ogos lalu.

Katanya, siasatan mendapati sebelum kehilangan itu berlaku serbuan dilakukan polis di inap desa itu kira-kira pukul 2 pagi pada 28 Ogos lalu.

“Ini selepas polis menerima aduan bunyi bising daripada jiran sekeliling bahawa dipercayai ada berlaku hiburan daripada tengah malam sehingga awal pagi di inap desa itu.

“Justeru, pemeriksaan polis adalah bagi mengesahkan berlaku aktiviti hiburan tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan jumlah penahanan anggota tersebut.

Kata beliau, siasatan turut mendapati banglo tiga tingkat yang dijadikan inap desa itu mempunyai ramai penghuni berbeza yang menyewa bilik.

Ujarnya, semua bilik di setiap tingkat penuh dengan penyewa pada ketika kejadian.

“Mangsa merupakan salah seorang penghuni inap desa mendapati barangan berselerak dan mengesyaki barangan peribadinya hilang.

“Kerugian pula dianggarkan ratusan ribu ringgit melibatkan barangan berharga,” katanya.

Jelasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI