fbpx
PEARLY (dua dari kanan) dan Thinaah (kanan) mencipta pencapaian yang dianggap membanggakan biarpun muncul naib juara di Kejohanan Dunia.

Pearly-Thinaah cetus inspirasi atlet wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KEJAYAAN beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah muncul naib juara pada Kejohanan Badminton Dunia 2025 di Paris, Perancis diharapkan mampu menjadi pemangkin buat atlet-atlet wanita lain mengejar impian masing-masing.

Meskipun hanya bergelar naib juara dunia, namun kedua-dua pemain itu tetap dianggap sebagai wirawati negara selepas bekerja keras menentang pasangan No. 1 dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning di perlawanan akhir.

Selepas mencipta sejarah menjadi beregu wanita pertama negara meraih pingat di Kejohanan Dunia, Pearly berharap kejayaan yang dilakar dapat memberikan inspirasi kepada atlet-atlet wanita negara.

“Memenangi pingat ini merupakan satu pencapaian yang cukup besar dan kami harap ia dapat membuka mata lebih banyak pihak, terutamanya atlet-atlet wanita yang berada di luar sana.

“Kami mahu mereka percaya bahawa selagi anda bekerja keras dan menikmati proses yang dilalui. Sebenarnya, tidak ada perkara yang mustahil,” katanya ketika ditemui sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kelmarin.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Adidas Arena Ahad lalu, pasangan No.2 dunia itu terpaksa akur tewas 14-21, 22-20, 17-21 kepada Sheng Shu-Tan Ning dalam aksi memakan masa 83 minit.

Pada masa sama, Pearly menyuarakan rasa bangga dapat membuktikan kemampuan beregu wanita negara di persada dunia selain tidak kesal meskipun tidak dapat membawa pulang gelaran dunia.

“Saya sangat gembira dan bangga kerana kami dapat membawa nama beregu wanita negara ke mata dunia. Tidak ada sebarang kekesalan kerana kami sudah memberikan segala-galanya untuk pingat ini,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI