SEBERANG PERAI – Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini hari ini menangguh prosiding pendakwaan kes seorang lelaki etnik Rohingya yang berdepan pertuduhan membunuh teman wanitanya, Ogos lalu.
Penangguhan itu dibuat Majistret Nurul Rasyidah Mohd Akit bagi membolehkan jurubahasa Vietnam dilantik sebelum pertuduhan terhadap Abdul Kader Abdu Rahman, 52, dibacakan pada tarikh baharu yang ditetapkan iaitu 1 Oktober depan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap warga Myanmar, Ah Me pada Ogos lalu.
Abdul Kader berdepan pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Shakila Dahari manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah turut tidak membenarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh. – KOSMO! ONLINE