fbpx
Keratan artikel Kosmo! Online mengenai seorang guru lelaki bertindak mengelar leher isterinya sebelum mencederakan dirinya sendiri dengan menggunakan pisau di Taman Tunas Muda, Sungai Ara.

Kelar isteri: Keluarga mangsa tertekan kes dapat perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Keluarga guru wanita yang menjadi mangsa kelar suami sendiri meminta supaya diberi ruang sebelum menerima kaunseling daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang.

Pengarahnya, Rozita Ibrahim berkata, pihaknya sudah menghantar pegawai untuk bertemu keluarga wanita tersebut selepas mangsa dibenarkan keluar Hospital Pulau Pinang (HPP).

“Wakil JKM sudah turun padang untuk berjumpa keluarga, namun mereka memohon sedikit masa kerana masih trauma.

“Sesi kaunseling tidak boleh dipaksa sekiranya keluarga belum bersedia. Buat masa ini, kita menghormati permintaan mereka dan akan terus memantau dari semasa ke semasa,” katanya selepas merasmikan projek akuaponik pintar solar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Teluk Bahang di sini, hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 6 pagi, Rabu minggu lalu, seorang guru lelaki bagaikan hilang kewarasan apabila mengelar leher isterinya sebelum mencederakan diri sendiri dengan pisau di rumah mereka di Sungai Ara.

Disebabkan kejadian itu, mangsa yang 28 tahun dan suspek berusia 30 tahun mengalami kecederaan masing-masing di leher. Suspek turut mengalami kecederaan di tangan kiri.

Rozita berkata, keluarga mangsa turut berdepan tekanan berikutan kejadian itu mendapat perhatian banyak pihak, justeru memerlukan ruang untuk menenangkan emosi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI