fbpx
Anak sulung Nora, Syakir Iman (berbaju biru) menegaskan hubungannya dengan bapa tiri, Dr. Rushdi tetap baik walaupun berlaku kemelut rumah tangga melibatkan ibunya.

‘Gangguan pihak ketiga, saya dengan Rushdi baik-baik saja’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Anak sulung kepada penyanyi Nora Ariffin, Mohd. Syakir Iman mengakui hubungannya dengan bapa tiri, Dr. Rusdi Ramli tetap dalam keadaan baik meskipun perkahwinan bapa tirinya dengan ibu di ambang perceraian.

Mengakui hubungan dengan adik-beradik tiri tiada masalah, Iman bagaimanapun mendakwa permasalahan rumah tangga ibunya berpunca daripada campur tangan pihak ketiga.

“Saya dengan Rushdi kami baik-baik sahaja. Saya dengan anak-anak Rushdi pun okey sahaja tapi saya tidak kenal semua anak-anaknya, cuma beberapa sahaja.

“Keluarga kami sebenarnya tiada sebarang masalah, cuma ada gangguan daripada pihak ketiga yang membuatkan rumah tangga ibu dan Rushdi menjadi goyah.

“Bila ada campur tangan luar dan gangguan lain, itu yang ganggu keharmonian mereka dan memberi kesan kepada keluarga kami,” katanya kepada Kosmo! Online ketika ditemui di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, di sini, hari ini.

Sebagai anak, Iman mengakui hubungan ibunya dan bapa tiri berada dalam keadaan baik selain selain mahu melihat ibunya bahagia.

“Saya yakin ada sahaja pergolakan dalam perkahwinan. Semua orang berkahwin untuk bahagia, namun ada naik turunnya tapi kalau campur orang luar, itu toksik.

“Sebagai anak, sudah pasti saya mahu lihat ibu saya jalani hidup bahagia. Saya juga berasakan hubungan ibu dengan Rushdi baik-baik sahaja,” ujarnya lagi.

Har ini, Mahkamah Rendah Syariah Petaling menetapkan 30 September depan sebagai tarikh laporan wakil hakam.

Nora melantik anak sulungnya Mohd. Syakir Iman, 32, sebagi wakil hakam, sementara Dr. Rushdi turut melantik anak sulungnya, Muhammad Shahkir, 34, sebagai wakil.

Pada 21 April lalu, Nora memfailkan permohonan perceraian selepas tercetus pelbagai konflik susulan hantaran Instagram yang memaparkan video lafaz cerai Rushdi terhadapnya.

Selepas sebulan mengumumkan perceraian, Nora bagaimanapun memaklumkan dia dan suami sudah kembali rujuk.

Sebelum ini, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya pada 2021.

Nora sebelum itu pernah mendirikan rumah tangga bersama komposer, Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN