fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Negara: Program MyKiosk terbukti telus dan berintegriti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Dewan Negara hari ini dimaklumkan, pengurusan program MyKiosk oleh Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) terbukti dilaksanakan secara telus dan berintegriti.

Timbalan Menteri KPKT, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada elemen jenayah atau salah guna kuasa dalam program itu.

“KPKT telah menyerahkan semua dokumen berkaitan projek MyKiosk kepada SPRM pada 22 Mei 2025 susulan aduan mengenai dakwaan konon berlaku penyelewengan.

“Hasil siasatan SPRM yang diumumkan pada 3 Julai 2025 mendapati tiada sebarang elemen jenayah atau salah guna kuasa dikesan.

“Sebaliknya hanya mencadangkan beberapa penambahbaikan daripada aspek tadbir urus,” katanya bagi menjawab soalan Senator Datuk Abdul Halim Suleiman di Dewan Negara hari ini.

Terdahulu, Aiman Athirah berkata, Kerajaan Madani sentiasa komited dalam membantupeniaga-peniaga
kecil serta penjaja melalui pelbagai inisiatif.

Menurut beliau, antara reformasi utama yang diperkenalkan adalah program MyKiosk yang menjadi kiosk pertama bertenaga hijau di negara ini.

Katanya, melalui inisiatif itu, peniaga diberikan pengecualian sewa selama enam bulan pertama, dan selepas itu dikenakan kadar sewa yang amat rendah iaitu maksimum RM10 sehari. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI