fbpx
Aiman Athirah pada sidang Dewan Negara hari ini - Foto JABATAN PENERANGAN

Dewan Negara: MyKiosk kosong dipindahkan ke lokasi lebih strategik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pihak berkuasa tempatan (PBT) dibenarkan untuk menempatkan semula MyKiosk yang masih belum diisi ke kawasan yang lebih strategik dan menjadi tumpuan awam.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, ketika ini pengisian MyKiosk 1.0 telah mencapai 94.39 peratus, manakala pengisian MyKiosk 2.0 berada pada tahap 89.07 peratus.

Katanya, baki unit belum diisi berpunca daripada faktor sampingan seperti kesesuaian lokasi, kekurangan infrastruktur asas serta keadaan tapak yang belum siap sepenuhnya.

“KPKT mengambil langkah proaktif menubuhkan Pasukan Petugas Dalaman bagi meneliti kesesuaian lokasi dan mempercepatkan pengisian kiosk. Mulai tahun 2025, KPKT memperkenalkan sistem pemantauanberasaskan ‘Traffic Light’ untuk menilai prestasi PBT.

“PBT yang mencapai pengisian penuh diberi markah penuh sebagai galakan,” katanya bagi menjawab soalan Senator Husin Ismail dan Senator Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Terdahulu, Aiman Athirah berkata, bagi tahun 2023, kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk Program MyKiosk@KPKT yang menghasilkan 3,189 unit kiosk dengan jumlah kos RM48.18 juta.

Kata beliau, pada tahun 2024, sebanyak RM100 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan MyKiosk 2.0 melibatkan 4,054 unit
kiosk dengan kos RM98.75 juta.

“Kos siling yang diperuntukkan bagi satu unit MyKiosk 1.0 adalah berjumlah RM15,000, manakala bagi MyKiosk 2.0 pula berjumlah RM25,000 seunit,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN