fbpx
Gambar hiasan.

Dewan Negara: Kerajaan sasar wujudkan 100 syarikat berkaitan semikonduktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Kerajaan menyasarkan untuk mewujudkan sebanyak 100 syarikat Malaysia berkaitan semikonduktor dengan nilai pendapatan tahunan RM1 billion dibawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS)

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, kerajaan juga menyasarkan kewujudan 10 syarikat Malaysia dalam reka bentuk dan pembungkusan termaju dengan nilai pendapatan tahunan AS$1 billion.

Sebelum ini, Malaysia bergantung kepada syarikat asing untuk membangunkan teknologi dan syarikat tempatan dilihat sebagai vendor.

“NSS kini memberi tumpuan untuk terus menarik pelaburan asing yang mempunyai teknologi yang paling tinggi seperti pembungkusan termaju dan pada masa sama mewujudkan suasana di mana syarikat Malaysia akan muncul sebagai MNC.

“Paradigma baharu ini penting kerana sudah adanya syarikat Malaysia yang mempunyai keupayaan untuk muncul sebagai syarikat teknologi MNC,” katanya pada sidang Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Mohd. Hasbie Muda berhubung usaha kerajaan dalam memperkasa syarikat semikonduktor tempatan bagi mengurangkan kebergantungan dengan syarikat semikonduktor milik negara asing.

Terdahulu, Chin Tong berkata, industri semikonduktor di Malaysia yang telah berkembang lebih 50 tahun mempunyai kekuatan tersendiri di rantau ini.

Menurut beliau, kehadiran Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor global adalah dari segi aktiviti pengujian dan pembungkusan (OSAT)

Kata beliau, pelbagai kelebihan Malaysia menjadi tarikan kepada syarikat-syarikat multinasional (MNC) termasuk dalam industri semikonduktor untuk melabur di Malaysia termasuk lokasi yang strategik, infrastruktur yang lengkap dan kemahiran tenaga kerja.

“Sejak awal 2024 sehingga suku pertama 2025, NSS telah mencatat kemajuan antaranya latihan kepada 4,557 jurutera serta tenaga teknikal dan lebih 23,000 peluang pekerjaan berpotensi dikenal pasti.

“Pelaburan bernilai RM52 bilion iaitu Pelaburan Domestik RM2.1 bilion dan Pelaburan Asing RM49.9 bilion. Sebanyak lima syarikat reka bentuk litar bersepadu tempatan ditubuhkan.

“NSS menjadi tonggak dasar bagi tujuan pembangunan industri semikonduktor tempatan untuk mengekal dan memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai kuasa pertengahan dalam rantaian bekalan global bagi industri ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI