fbpx
Gambar hiasan.

Bapa didakwa aniaya anak tiri umur 6 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menganiaya anak tiri berusia enam tahun di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Melana Indah Fasa 2, bulan lalu.

Tertuduh, Mohamed Ra’id Taqiuddin Ismail, 32, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Thalha Bachok @ Embok Mok.

Lelaki itu sebagai individu yang mempunyai pemeliharaan ke atas kanak-kanak lelaki tersebut didakwa menganiaya mangsa dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mengalami kecederaan fizikal.

Perbuatan dilakukan di sebuah rumah di PPR Melana Indah Fasa 2 pada pukul 8 hingga 9 malam, pada 24 Ogos lalu. Oleh itu tertuduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Fatimah Mamu, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Hakim membenarkan lelaki itu diikat jamin sebanyak RM10,000 selain perlu melapor diri di balai polis setiap bulan, menyerahkan pasport kepada Mahkamah dan tidak boleh menghubungi atau mendekati mangsa dan saksi pendakwaan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh untuk melantik peguam dan menetapkan 30 September ini untuk sebutan semula kes serta serahan dokumen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI