fbpx
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan Bank Rakyat daripada Mohd. Irwan sambil disaksikan Anwar (dua kiri), Salehuddin (kanan) dan Mohd. Khaidzir (kiri). -Foto AFIQ RAZALI

Sultan Selangor terima zakat perniagaan, pendapatan RM64.97 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLANG – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenaan menerima zakat perniagaan dan pendapatan daripada 13 syarikat korporat dan seorang individu berjumlah RM64,974,554.60, hari ini.

Majlis penyerahan zakat tersebut berlangsung di Istana Alam Shah di sini yang turut hadiri Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Salehuddin Saidin dan Pengerusi LZS, Tan Sri Datuk Seri Syed Anwar Jamalullail.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LZS, Mohd. Khaidzir Shahari, Lembaga Tabung Haji (TH) diwakili
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd. Na’im Mokhtar mendahului senarai syarikat pembayar zakat dengan RM28.01 juta seterusnya merupakan penyumbang terbesar kepada LZS tahun ini.

Katanya, ia diikuti Cyberview Sdn. Bhd. diwakili CEO, Kamarul Ariffin menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM5.43 juta dan Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjumlah RM4.57 juta diserahkan oleh Ketua Pegawai Solusi Perniagaan Global, Datuk Ir. Azmi Md. Yusof.

“Manakala Kumpulan Gas Malaysia Berhad yang diwakili oleh CEO Kumpulan, Ahmad Hashimi Abdul Manap menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.5 juta.

“Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Berhad (Bank Rakyat) mewakilkan Pengerusinya, Datuk Mohd. Irwan Mohd. Mubarak menyerahkan zakat perniagaan berjumlah RM3.42 juta,” katanya hari ini.

Mohd. Khaidzir, penyerahan zakat turut dilakukan PLUS Berhad melalui Pengarah Urusan, Datuk Airina Nik Jaffar dengan RM2.6 juta.

Ujarnya, bagi Kumpulan Proton menunaikan zakat perniagaan RM3.19 juta dan Kumpulan DRB-HICOM dengan RM2.45 juta yang diwakili CEO Kumpulan, Tan Sri Syed Faisal Albar Syed A.R. Albar.

“Northport (Malaysia) Berhad menyerahkan zakat perniagaan sebanyak RM1.64 juta diwakili
Pengarah, Datuk Azman Shah Mohd Yusof sementara Maybank Islamic Berhad melalui Ketua Pegawai Kewangan, Malique Sidique menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM1.6 juta.

“LZS turut menerima zakat perniagaan daripada Kumpulan Etiqa Takaful berjumlah RM1.50 juta yang diserahkan oleh CEO, Zafri Abdul Halim,” jelasnya.

Selain itu, Kumpulan Peladang Kebangsaan (Nafas) yang mewakilkan Pengurus Besar, Muhammad Faris Ariffin menyerahkan RM1 juta, Edgenta Infrastructure Services Sdn. Bhd diwakili oleh Pengarah Urusan, Raihana Ahmad turut menyerahkan zakat perniagaannya berjumlah RM1.0 juta.

“Individu korporat, Datuk Kamarudin Meranun turut menunaikan zakat pendapatan berjumlah RM5.07 juta,” katanya.

Mengulas lanjut, kata Mohd. Khaidzir, sumbangan besar ini memberi impak langsung kepada lebih 350,000 penerima zakat di Selangor melalui pelbagai program bantuan dan pembangunan sosioekonomi.

“Kami amat menghargai komitmen syarikat korporat dan individu yang terus menjadikan LZS sebagai saluran utama pembayaran zakat.

“Sumbangan ini akan dimanfaatkan bagi memperkukuh agenda pembangunan asnaf, sekaligus menyokong kesejahteraan masyarakat Selangor,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI