PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan di utara Semenanjung serta bahagian tengah dan utara Sarawak pagi ini.
Menurut MetMalaysia, kawasan yang terjejas ialah Kedah, Pulau Pinang dan Sarawak.
Antara kawasan yang terlibat di Kedah ialah Kota Setar, Yan dan Kuala Muda. Seluruh kawasan Pulau Pinang dijangka akan terjejas dengan cuaca buruk tersebut.
Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak melibatkan Bintulu (Bintulu), Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang juga diramalkan akan terjejas.- KOSMO! ONLINE.