fbpx
MRSM Besut di Terengganu merupakan antara dua buah MRSM perintis menggunakan khidmat bekas tentera dan polis sebagai warden bermula Ogos lalu.

Kementerian Pertahanan buka ruang veteran ATM berkhidmat di MRSM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kementerian Pertahanan memberi peluang kepada veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk berkhidmat semula dengan melantik mereka sebagai warden luar asrama di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM).

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, langkah itu adalah sebahagian daripada usaha memperkasakan kesejahteraan veteran ATM sebagai tanda penghargaan terhadap jasa dan pengorbanan mereka kepada negara.

“Agenda kebajikan warga veteran ATM adalah salah satu teras utama kementerian. Ia bukan sahaja tanggungjawab kerajaan memastikan kehidupan mereka sejahtera, malah menjadi penghormatan atas pengorbanan mereka,” katanya ketika menggulung perbahasan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) di Dewan Negara, hari ini.

Menurut Khaled, Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV ATM) telah mengadakan sesi libat urus bersama Majlis Amanah Rakyat (Mara) bagi pelantikan veteran sebagai warden.

Setakat ini, dua MRSM iaitu MRSM Besut, Terengganu dan MRSM Balik Pulau, Pulau Pinang telah memulakan projek rintis dengan melantik lapan warden luar asrama, melibatkan dua lelaki dan dua wanita di setiap sekolah.

“Selain Mara, libat urus dengan Kementerian Pendidikan turut dirancang bagi membolehkan veteran ATM berkhidmat sebagai alternatif penugasan keselamatan di sekolah serta pejabat pendidikan seluruh negara,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI