fbpx
Johan bercakap ketika Sesi Taklimat Media mengenai Penghargaan Sumbangan Asas Rahmah (Sara) di Kementerian Kewangan. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR/KOSMO!

Kapasiti transaksi Sara ditingkatkan, sedia hadapi cuti hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA- Susulan gangguan sistem sebelum ini, Kementerian Kewangan (MOF) bertindak meningkatkan kapasiti transaksi bagi Sumbangan Asas Rahmah (Sara) kepada 15,000 transaksi dalam pelayan (server) MyKasih.

Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Johan Mahmood Merican berkata, ia peningkatan tiga kali ganda berbanding sebelum ini.

Beliau berkata, ia sebagai persediaan menghadapi trafik tinggi pembelian orang ramai khususnya cuti panjang pada akhir minggu ini dan minggu depan.

“Langkah itu diambil bagi membolehkan pengguna tidak lagi terjejas dengan kelewatan yang berlaku di premis perniagaan hingga meninggalkan barangan dan troli pembelian.

“Kita dapati bahawa terdapat rakyat yang terpaksa menunggu lama. Ada yang tidak boleh menunggu, tidak dapat menyempurnakan pembelian tersebut dan meninggalkan troli di kedai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Katanya, pihaknya turut memohon maaf kepada pengguna atas isu transaksi Sara yang lewat selepas berlaku lonjakan mendadak penggunaan dalam sistem MyKasih pada cuti hujung minggu lalu.

Johan berkata, isu ini berpunca daripada kapasiti sistem pemprosesan transaksi MyKasih yang tidak dapat menampung permintaan tinggi, bukannya sistem ‘crash’ (sistem gagal).- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI