fbpx
Jurutera kilang diberkas selepas dipercayai memandu mabuk dan merempuh empat kenderaan di Jalan Kenari, Sungai Ara, malam tadi.

Jurutera pandu mabuk, rempuh empat kereta parkir tepi rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BALIK PULAU – Seorang jurutera kilang ditahan selepas dipercayai memandu dalam keadaan mabuk sehingga merempuh empat buah kenderaan yang diletakkan di tepi kawasan perumahan di Jalan Kenari, Sungai Ara di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.55 malam itu, suspek berusia 55 tahun yang memandu kereta jenis Honda Accord melanggar sebuah Proton X70 dan tiga lagi kenderaan orang awam.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Sazalee Adam berkata, suspek bagaimanapun berjaya ditahan tidak lama kemudian oleh anggota trafik yang sedang bertugas di lokasi berkenaan.

“Semasa proses tangkapan dijalankan, tiada sebarang kecederaan dan kejadian tidak diingini dilaporkan. Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan dadah,” katanya di sini, hari ini.

Menurut beliau, suspek ditahan untuk siasatan di bawah Seksyen 45A(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Lelaki itu akan direman di Mahkamah Balik Pulau, di sini pagi ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI