fbpx
Tangkap layar video CCTV LLM.

Lebuh raya utama sesak, orang habis bercuti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ke ibu negara dilaporkan tinggi berikutan orang ramai pulang daripada bercuti panjang pada hujung minggu.

Menerusi tinjauan di televisyen litar tertutup (CCTV) Lembaga Lebuh Raya Malaysia, aliran trafik di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sesak dari arah pantai timur.

Kelihatan aliran trafik tinggi dari Bentong ke Bukit Tinggi sehingga ke Genting Sempah menuju ke Plaza Tol Gombak setakat pukul 3.45 petang tadi.

Di Lebuh Raya Utara Selatan E1, aliran trafik dari arah selatan tinggi dari Permatang Pauh ke Perai, Kuala Kangsar ke Terowong Meru, Gopeng ke Sungkai, bertali arus dan Tanjung Malim ke Bukit Beruntung.

Di Lebuh Raya Utara Selatan E2, trafik perlahan dari arah utara iaitu Jasin ke Ayer Keroh, R&R Ayer Keroh ke persimpangan Ayer Keroh Pedas Linggi ke Seremban.

Keadaan cuaca yang hujan juga menyebabkan aliran trafik semakin perlahan dan sesak di lebuh raya utama tersebut.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI