SERAMAI 20 orang mahasiswa jurusan Kejuruteraan Bioperubatan dari Universiti Malaya (UM) tahun pertama hingga tahun akhir berpeluang melawat syarikat Cochlear Malaysia Sdn. Bhd., di Bangsar South, Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lawatan industri itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar mengenai potensi kerjaya dalam bidang kejuruteraan bioperubatan yang semakin berkembang pesat di peringkat global. Implan koklea kini menjadi salah satu teknologi paling penting dalam membantu pesakit yang kehilangan deria pendengaran, dengan pasaran global dijangka mencecah hampir AS$5 bilion (RM21 bilion) menjelang……