fbpx
WIRA Liverpool, Dominik Szoboszlai (kiri) berkongsi kegembiraan dengan rakan sepasukan selepas atasi Arsenal 1-0 pada aksi di Anfield, sebentar tadi. - AFP

EPL: Arsenal kecewa lagi di tangan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Hajat besar Arsenal untuk mengekalkan rekod tanpa kalah musim ini tidak kesampaian apabila terpaksa akur tewas tipis 0-1 kepada juara bertahan, Liverpool di Anfield, sebentar tadi.

Dalam tiga aksi terakhir Liga Perdana Inggeris antara Liverpool dan Arsenal di Anfield sebelum ini berakhir dengan keputusan seri dan kini kemarau kemenangan The Gunners di venue itu berpanjangan kepada 13 perlawanan.

Arsenal yang turun untuk mengulangi pencapaian tanpa kalah dalam tiga perlawanan awal seperti dilakukan pada musim 2022/23 berdepan ujian awal apabila William Saliba alami kecederaan hingga terpaksa digantikan oleh Cristhian Mosquera.

Walaupun peratusan penguasaan di babak pertama agak seimbang, gerakan The Gunners dilihat lebih garang apabila mencipta enam percubaan dan mampu memperoleh lima sepakan penjuru.

Minit ke-33, kesilapan penjaga gol pelawat, David Raya hampir mengundang padah tetapi percubaan yang dilakukan Alexis Mac Allister berjaya disekat oleh barisan pertahanan.

Skrip hampir sama berlaku di babak kedua, menyaksikan Arsenal terus garang untuk memberikan tekanan kepada tuan rumah namun beberapa peluang gagal disudahkan dengan baik.

Sebaliknya, minit ke-60 gawang Raya bocor buat kali pertama tetapi Arsenal bernasib baik apabila gol Hugo Ekitike dibatalkan oleh pengadil perlawanan, Chris Kavanagh kerana terlebih dulu mengesan kesalahan offsaid.

Memasuki minit ke-83, Dominik Szoboszlai yang diturunkan sebagai pertahanan kanan menceriakan penyokong The Reds, meledak gol tunggal perlawanan menerusi sepakan percuma. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI