fbpx
SAMBUTAN Hari Kemerdekaan Ke-68 di Segamat tetap meriah meskipun tiada perarakan kontinjen disebabkan kejadian gempa bumi di daerah Segamat baru-baru ini

Tiada perarakan kontinjen, sambutan sederhana di Segamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEGAMAT – Sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68 di Segamat tetap meriah meskipun tiada perarakan kontinjen disebabkan beberapa kejadian gempa bumi di daerah ini sejak 24 Ogos lalu.

Tinjauan Kosmo! sempena Hari Kebangsaan mendapati rakyat berbilang kaum tetap hadir menunjukkan semangat patriotik dan kasih sayang terhadap tanah air tercinta di Dataran Segamat.

Menurut Pegawai Daerah Segamat, Mohd Ezzuddin Sanusi, walaupun sambutan disambut secara sederhana namun tetap meriah dengan perbarisan statik melibatkan 52 kontinjen pelbagai agensi.

“Perbarisan statik hari ini bagi meraikan dan membuktikan negara Malaysia adalah sebuah negara yang merdeka serta berdaulat dengan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-68.

“Walaupun Segamat dilanda gempa bumi lemah baru-baru ini, ia tidak merencatkan sambutan Hari Kemerdekaan Ke-68 pagi ini.

“Malah sambutan Hari Kemerdekaan ke-68 ini adalah masa yang tepat untuk rakyat Segamat menunjukkan semangat patriotisme dan cintakan negara dengan perasaan penuh bangga,”katanya ketika ditemui di Dataran Segamat di sini, hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN