fbpx
Gambar menunjukkan sebilangan kereta yang dimiliki Sahroni. - TikTok

Sahroni lari ke Singapura, miliki 19 bidang tanah, 28 kenderaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Ahmad Sahroni sekali lagi mengundang perhatian orang ramai apabila dilaporkan memiliki 19 bidang tanah dan 28 kenderaan, lapor portal berita Tribunnews hari ini. 

Laporan Harta Kekayaan Penyelenggara Negara (LHKPN) mendedahkan bahawa nilai kekayaan Sahroni dianggarkan sekitar 328 bilion rupiah (RM84.3 juta). 

Jumlah tersebut kali terakhir difailkan pada 21 Februari lalu. 

Menurut LHKPN, Sahroni memiliki 19 bidang tanah dan bangunan di beberapa wilayah yang bernilai kira-kira 139 bilion rupiah (RM35.7 juta).  

Beliau turut mempunyai kereta mewah pelbagai termasuk Bentley, Ferrari, BMW, Mustang, Tesla, Porsche, Mercedes, Volkswagen, Suzuki, Toyota, Honda. 

Selain kereta, Sahroni memiliki beberapa buah motosikal termasuk Harley Davidson dan Vespa. 

LHKPN juga menyatakan bahawa Sahroni berhutang kira-kira 34 billion rupiah (RM8.7 juta). 

Beratus-ratus penunjuk perasaan menyerbu kediaman ahli DPR itu di Tanjung Priok, Jakarta Utara semalam. 

Di tengah-tengah ketegangan itu, Sahroni didakwa melarikan diri ke Singapura. 

Gambar dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @irwandiferry menunjukkan Sahroni sedang menunggu penerbangannya di sebuah lapangan terbang. 

Maklumat tersebut masih belum disahkan secara rasmi. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI