fbpx
KELIBAT kenderaan perisai ringan jenis 'Ferret Scout Car' yang merupakan koleksi peribadi Raja Perlis mencuri tumpuan ramai di Kangar, hari ini.

Kereta perisai koleksi Raja Perlis warnai Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Sambutan Hari Kebangsaan Ke-68 peringkat negeri Perlis berlangsung penuh meriah dengan kehadiran lebih 19,000 rakyat yang membanjiri Jalan Tuanku Syed Putra, Kangar Jaya di sini hari ini.

Kelibat kenderaan perisai ringan jenis ‘Ferret Scout Car ‘ koleksi peribadi Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail mencuri tumpuan apabila dipersembahkan khas sempena acara gilang-gemilang itu.

Kenderaan bersejarah tersebut merupakan kurniaan Raja Jordan, Raja Abdullah II kepada Raja Perlis sebagai tanda persahabatan akrab antara kedua-dua institusi diraja.

‘Ferret Scout Car’ pernah menjadi tonggak peninjauan ‘British Cavalry’ pada era 1950-an dan digunakan secara meluas semasa Insurgensi Pertama di Tanah Melayu.

Selain itu, ia turut berkhidmat dalam misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Congo dari 1960 hingga 1963, Konfrontasi Indonesia serta Insurgensi Kedua di Tanah Melayu.

Sebagai kemuncak, Raja Perlis berkenan menyampaikan hadiah kepada kontinjen terbaik kategori kerajaan, swasta/badan bukan kerajaan serta sekolah dan IPT sebelum baginda bersama Raja Perempuan Perlis, Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid berkenan beramah mesra bersama petugas dan rakyat jelata.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN