fbpx
Tangkap layar video menunjukkan kucing peliharaan Uya diambil penunjuk perasaan semalam. - Istimewa/Cakaplah

Ahli parlimen Indonesia, Uya Kuya miliki hartanah di Amerika Syarikat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Seorang lagi ahli Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Republik Indonesia, Uya Kuya mengundang perhatian orang ramai apabila dilaporkan memiliki sebidang tanah di Amerika Syarikat, lapor portal berita CNBC hari ini. 

Laporan Harta Kekayaan Penyelenggara Negara (LHKPN) pada 28 September tahun lalu mendedahkan bahawa nilai kekayaan Uya dianggarkan sekitar 75.5 bilion rupiah (RM19.4 juta). 

Jumlah itu ditolak hutang kira-kira 1.17 bilion rupiah (RM301,803). 

Menurut LHKPN, Uya memiliki tanah seluas 524 meter persegi dan bangunan seluas 126 meter persegi di Amerika Syarikat yang bernilai kira-kira 15 bilion rupiah (RM3.8 juta). 

Selain mempunyai lima hartanah di Jakarta Timur dan tiga lagi di Jakarta Selatan, beliau juga memiliki lapan kereta yang bernilai hampir 4.31 bilion rupiah (RM1.1 juta). 

Salah satu kediaman Uya di Jakarta Timur diserbu penunjuk perasaan sekitar pukul 11 malam (waktu tempatan) semalam. 

Rakaman video kejadian di platform TikTok oleh akaun @faktajakarta menunjukkan seorang lelaki ‘menyamun’ beberapa ekor kucing peliharaan Uya bersama sangkarnya. 

Selain mengambil barang berharga, mereka turut menconteng dinding rumah beliau dengan tulisan ‘Polisi Pembunuh’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI