fbpx
Hannah (lima dari kanan) bergambar di hadapan Bangunan Sultan Abdul Samad di ibu negara semalam

Bangunan Sultan Abdul Samad dibuka untuk kunjungan orang ramai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Blok 1 Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS) dibuka kepada orang ramai bermula hari ini selepas genap setahun ditutup bagi kerja-kerja pemuliharaan tahun lalu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh berkata, galeri tersebut akan menerima pengunjung bermula dari pukul 9 pagi hingga 6 petang setiap hari.

Menurutnya, bagi meraikan pembukaan itu, kemasukan ke Kuala Lumpur City Gallery di bangunan tersebut adalah percuma bagi bulan pertama.

“Kini, mercu tanda ikonik di hadapan Dataran Merdeka ini dibuka sepenuhnya kepada orang ramai. Dari ruang yang dahulu tertutup, kini anda boleh masuk dan meneroka sejarah termasuk kemudahan baharu di dalam bangunan.

“BSAS dibuka kepada orang ramai bermula pada 2 Februari 2026 (hari ini) antara peluang terawal untuk melihat sendiri wajah baharu warisan negara ini,” katanya menerusi hantaran di media sosial hari ini.

Hannah berkata, sebagai pintu wajah Malaysia kepada dunia, Kuala Lumpur sentiasa ‘hidup’ dengan warisan, budaya dan pengalaman bandar unik.

“Jangan lepaskan peluang ini, bawa keluarga, bawa kawan. Datang alami sendiri sejarah Kuala Lumpur,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN