fbpx
Jururawat memangku sebahagian 27 bayi merdeka yang lahir di PRIBA HSNZ, Kuala Terengganu hari ini.

27 bayi merdeka lahir di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Seramai 27 bayi merdeka terdiri daripada 18 lelaki dan sembilan perempuan dilahirkan di seluruh Terengganu sehingga pukul 11 pagi tadi.

Seramai 20 bayi dilahirkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), dua masing-masing di Hospital Kemaman dan Hospital Besut, manakala seorang masing-masing di Hospital Setiu, Hospital Dungun serta Hospital Hulu Terengganu.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, bayi merdeka pertama ialah  lelaki yang lahir pada pukul 12.01 pagi di HSNZ.

“Semua bayi berkenaan turut menerima hadiah istimewa daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Terengganu, Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) dan Co-opbank Pertama.

“Bayi-bayi mereka itu juga mendapat sijil penghargaan daripada JPN Terengganu sebagai tanda kenangan Hari Kebangsaan,” katanya pada Sambutan Bayi Merdeka di Pusat Rawatan Ibu dan Anak (PRIBA) HSNZ di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI