fbpx
Husniah cemerlang menamatkan saingan 200 meter wanita akhir Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia di Stadium Tuanku Syed Putra di sini hari ini. - KOSMO!

Terbuka Malaysia: Ratu pecut sambar emas 200m

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Ratu pecut negara, Zaidatul Husniah Zulkifli mengesahkan statusnya apabila menjuarai acara 200 meter wanita pada Kejohanan Olahraga Terbuka Malaysia 2025 di Stadium Tuanku Syed Putra, petang tadi.

Atlet Kedah itu berjaya menamatkan larian di lorong kelima dengan catatan masa 24.57 saat sekali gus meninggalkan pencabarnya dari Sabah, Siti Norjahera Beliamor yang meraih perak dengan masa 25.54 saat.

Tempat ketiga milik wakil Negeri Sembilan, Adriana Shahryll Nizam yang sekadar mencatatkan 26.09 saat dalam saingan akhir tersebut.

“Syukur alhamdulillah, perasaan saya semestinya gembira sebab tahun ini dah lama tak turun berlari 200 meter. Kejohanan untuk saya cuba pecahkan masa catatan peribadi 24.5 saat,” katanya.

“Masa yang dicatatkan juga tidaklah teruk kerana bagi saya kerana sudah lama tak berlari 200 meter. Memang catatan masa taklah terlalu memberangsangkan tapi Alhamdulillah, masih boleh diperbaiki lagi,” ujarnya.

Menurutnya, catatan terbaik peribadi (PB) yang pernah direkodkan sebelum ini hanyalah 24.8 saat ketika UPM Trial, sekali gus membuktikan ada ruang untuk memperbaiki prestasi.

“Catatan ini memberi motivasi untuk saya terus berusaha mengekalkan konsistensi dan mencari rentak terbaik menjelang kejohanan lain selepas ini,” jelasnya.

Dalam saingan itu, Sharifah Ameesya Sabrina Syed Izad Redza dari Pahang menamatkan larian di tempat keempat dengan 26.82 saat, manakala pelari Sabah, Valdamae Orow sekadar berada di tempat kelima. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI