fbpx
Muhammad Sanusi

Sanusi tolak pencalonan Naib Presiden Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor sekali lagi menolak pencalonan untuk bertanding jawatan Naib Presiden Pas pada pemilihan parti itu sempena Muktamar Tahunan ke-71, September ini.

Muhammad Sanusi memaklumkan hanya akan mempertahankan jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Pusat bagi penggal 2025-2027.

“Saya tidak bertanding Naib Presiden, hanya akan bertanding jawatan AJK Pusat sahaja,” katanya ringkas ketika ditemui pemberita pada Program Perarakan Bot Merdeka Sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2025 di Muzium Negeri, di sini hari ini.

Pada kelmarin, ketika mengulas tentang kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar yang akan mempertahankan jawatan, beliau mengalu-alukan keputusan Menteri Besar Terengganu tersebut.

“Saya tak akan bersaing dalam jawatan dalam Pas ini. Tak perlu bersaing, siapa yang sudah ada kebiasaan, dia biasa duduk situ. Dia buat kerja dengan baik, teruskanlah.

“Tak ada persaingan atau perebutan apa. Sikap saya pun sama, tak akan bersaing dengan sesiapa. Terus terang, tak ada, tak ada yang tersembunyi. Tak ada yang tersirat,” jelas beliau

Sebelum ini, Muhammad Sanusi antara empat calon yang diumumkan layak bertanding jawatan itu bersama tiga penyandang iaitu Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar; Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah dan Datuk Idris Ahmad. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN