fbpx
Che Yak menunjukkan pingat penghargaan pernah diperolehnya ketika ditemui di rumahnya di Marang.

Che Yak ‘tidurkan’ komunis Sibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

MARANG – Kenangan bertempur berbelas kali dengan pengganas komunis masih segar dalam ingatan bekas anggota pasukan elit, 69 Komando (VAT 69), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Che Yak@ Embong Ngah, 77, dari Kampung Rhu Muda, di sini, biarpun telah 11 tahun menamatkan perkhidmatan.

Pesara polis itu berkata, beliau merupakan antara 30 anggota Pasukan Polis Hutan (kini dikenali Pasukan Gerakan Am) yang terpilih menjadi trup nukleus perintis VAT 69.

“Saya menyertai Pasukan Polis Hutan pada 8 Jun 1968 dan sah berkhidmat dengan Skuad VAT 69 pada 25 Oktober 1969,” kata­nya di sini.

Terdahulu beliau menerima sijil penghargaan sempena sam­butan Hari Kebangsaan ke-68 daripada Ketua Polis Daerah Marang, Superintendan Mohd. Sofian Redzuan.

Katanya, sejurus tamat latihan, beliau dan rakan sepasukan dihantar membanteras pengganas komunis daripada Parti KoRakyat Kalimantan Utara (Paraku) di Sarawak.

“Pengalaman bertempur de­ngan anggota komunis di Sibu paling sukar dilupakan.

“Kami diserang hendap pada tengah malam dan pertempuran sengit sehingga subuh,” katanya.

Ujarnya, kesemua 30 anggota VAT 69 selamat, manakala musuh me­larikan diri.

“Saya berlinang air mata me­ngenangkan rakan-rakan sepasukan yang gugur mempertahankan negara.

“Antaranya Asisten Superintendan Zamri yang putus kaki terkena jerangkap samar di Su­ngai Siput, Perak dan rakan baik, Rizuan ditembak komunis dalam operasi di Hulu Kinta,” katanya.

Che Yak bersara dalam per­khidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1 Februari 2004.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN