PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang gelak ketawa pengguna media sosial hari ini apabila beliau tidak menyedari telah memakai samping songket secara terbalik.
Menerusi hantaran pada Facebook, Anwar berkongsi dua gambar sedang duduk di atas kerusi sambil menikmati secawan kopi.
Pada gambar tersebut, beliau meneliti samping dipakainya dan mendapati ia dalam keadaan terbalik.
“Astaghfirullahalazim, baru perasan samping terbalik,” katanya ringkas pada hantaran berkenaan.
Ia mengundang gelak ketawa orang ramai dan mereka turut meninggalkan komen mengusik pada gambar yang dikongsikan.
“PMX pakai samping terbalik pun kacak,” usik pengguna Facebook Zaidi Uptown.
“Biasalah tu. Lagi pun tak semua orang tahu kain itu terbalik atau tidak kecuali tukang jahit,” komen pengguna Facebook Mohamed Almi Alias secara berseloroh.
“Pandai PMX kita ni buat lawak,” kata BellaCutes Defamily. – KOSMO! ONLINE