LONDON – Pengurus Manchester United, Ruben Amorim enggan menyalahkan penjaga gol, Andre Onana selepas menjadi punca benteng pertahanan dibolosi selepas tersingkir saingan Piala EFL apabila tewas kepada pasukan divisyen empat, Grimsby Town awal pagi tadi.
Pada aksi pusingan kedua itu, skuad The Red Devils selaku pelawat dikejutkan apabila tuan rumah mendahului 2-0 pada babak pertama tetapi berjaya bangkit pada penghujung saingan untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti.
Dua pemain baharu United, Matheus Cunha dan Bryan Mbeumo menjadi duri dalam daging apabila gagal menyempurnakan sepakan penalti sehingga pasukan tewas 11-12.
“Onana bukanlah punca utama kekalahan ini. Semua pemain perlu bertanggung jawab kerana kita tewas kepada pasukan divisyen keempat,” katanya. – AGENSI