fbpx
GAMBAR pada 9 April lalu menunjukkan kemudahan tandas awam di Osaka, Jepun. – AFP

Perlu ke tandas? Imbas saja kod QR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

TOKYO – Rangkaian tandas awam Jepun, TOTO melancarkan perkhidmatan membolehkan pelanggan mencari dan memeriksa kesibukan fasiliti berkenaan dengan menggunakan hanya telefon bimbit serta kod QR.

Jepun seperti negara-negara lain, bergelut dengan barisan panjang di luar tandas awam, terutamanya untuk wanita seperti  di stesen kereta api dan tempat-tempat lain.

Sistem dilancarkan pada bulan ini oleh TOTO menghubungkan pengguna dengan sistem pengurusan kemudahan sedia ada yang disambungkan ke internet.

Perisian itu dibangunkan untuk memberitahu kakitangan kemudahan tandas awam secara automatik jika terdapat tandas tertentu yang kotor atau diduduki terlalu lama.

Kini pengguna boleh mengimbas kod QR menggunakan telefon mereka untuk mengakses laman web yang menunjukkan lokasi tandas dan tahap kesesakan masa sebenar.

“Terdapat juga kod QR di dalam bilik tandas  di mana pengguna boleh melaporkan masalah, seperti tidak dapat mengepam atau sesuatu yang rosak,” kata jurucakap TOTO, Tasuku Miyazaki kepada AFP hari ini.

Perkhidmatan berbilang bahasa itu turut tersedia dalam bahasa Inggeris, Mandarin dan Korea.

Kerajaan cuba meringankan masalah barisan panjang untuk wanita, dengan kementerian pengangkutan mencari dana tambahan dalam belanjawan untuk tahun fiskal akan datang.

Ia akan digunakan untuk menyediakan paparan papan tanda digital dan tandas mudah alih yang boleh meningkatkan bilangan bilik air untuk wanita, demikian menurut media tempatan. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI