fbpx
Anggota bomba memotong pokok yang tumbang di Kampung Paya, Butterworth, pagi tadi.

Penunggang motosikal cedera dihempap pokok tumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEBERANG PERAI – Seorang penunggang motosikal cedera akibat dihempap pokok tumbang di Jalan Penaga, Kampung Paya, Butterworth di sini, pagi tadi.

Mangsa, Mohd. Afsarizan Hashim, 43, mengalami cedera ringan setelah motosikal jenis Yamaha Lagenda yang dia tunggang ditimpa pokok semasa melalui jalan tersebut.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 4.55 pagi tadi.

Menurutnya, operasi menyelamat melibatkan keanggotaan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Muda yang diketuai Penguasa Bomba Kanan Saiful Adimin Ibrahim.

“Anggota bertindak menjalankan kerja-kerja pemotongan dan pembersihan bagi memastikan tiada lagi halangan serta kemerbahayaan.

“Mangsa mengalami kecederaan ringan dan telah dibawa oleh ambulans Kementerian Kesihatan (KKM) ke hospital bagi menerima rawatan selanjutnya,” katanya di sini, hari in. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI