Tanjung Pinang di Riau, Indonesia merupakan salah satu lokasi pancingan luar negara yang terdekat dengan Malaysia, selain Thailand dan Brunei. Seronoknya di sini, tidak terasa sangat seperti di luar negara kerana suasana dan bahasanya lebih kurang seperti di Malaysia juga. Kami selamat tiba di Jeti Tanjung Pinang, Riau kira-kira tiga jam perjalanan menaiki feri dari Terminal Berjaya Waterfront Setulang Laut, Johor Bahru, Johor. Kemudian, kami sempat singgah ke satu kedai pancing untuk membeli peralatan yang masih tidak mencukupi. Selepas menunaikan……