fbpx
PEARLY (kiri) dan Thinaah terus menggalas misi memburu gelaran dunia selepas melangkah ke pusingan ketiga Kejohanan Dunia di Paris, Perancis. - AFP

Kejohanan Dunia: Pearly-Thinaah ke pusingan ketiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah meneruskan misi pada Kejohanan Badminton Dunia di Paris, Perancis selepas melangkah ke pusingan ketiga.

Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Adidas Arena sebentar tadi, juara Terbuka Thailand itu menewaskan pasangan Hong Kong, Lui Lok Lok-Tsang Hiu Yan 21-17, 21-14.

Turun sebagai pilihan kedua kejohanan, Pearly-Thinaah menampilkan aksi cukup meyakinkan dan hanya memerlukan masa 37 minit bagi memastikan kemaraan ke pusingan ketiga.

Kemenangan itu sememangnya sudah dijangka memandangkan pasangan negara memenangi kesemua dua pertemuan sebelum ini, termasuk perlawanan terakhir pada Terbuka Singapura Mei lalu.

“Sudah tentu kami gembira dapat mencatat kemenangan hari ini tetapi masih ada banyak perkara yang perlu diperbaiki. Ini adalah perlawanan pertama kami di sini, jadi perlu belajar dan fokus untuk aksi seterusnya,” kata Thinaah kepada Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Menjelang aksi pusingan ketiga nanti, Pearly-Thinaah akan menantikan pemenang antara beregu Indonesia, Lanny Tria Mayasari-Siti Fadia Silva Ramadhanti dan wakil tuan rumah, Tea Margueritte-Flavie Vallet.

Harapan dalam acara beregu wanita kini terletak di bahu Pearly-Thinaah selepas satu lagi wakil negara, Go Pei Kee-Teoh Mei Xing tewas kepada Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN