fbpx
Holgado (kanan) ketika ini mewakili kelab Colombia, America de Cali.

Holgado bakal perkuat skuad Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

HARIMAU Malaya dijangka tidak akan mengendurkan langkah sebaliknya akan menurunkan skuad terbaik pada dua aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestin, bulan depan.

Selepas Gabriel Palmero, penyerang America de Cali, Rodrigo Holgado juga sah akan berada dalam senarai skuad kendalian Peter Cklamovski sekali gus beri harapan kepada peminat untuk mengharapkan keputusan lebih baik.

“Rodrigo Holgado telah dipanggil skuad kebangsaan Malaysia untuk dua aksi persahabatan menentang Singapura dan Palestin pada 4 dan 8 September. Beliau tiada untuk perlawanan (America de Cali) menentang Atletico Bucaramanga (3 September) dan Deportivo Cali (7 September),” kata wartawan Colombia, Nany Florez.

Bagaimanapun, Cklamovski dijangka akan mempunyai tugasan tambahan untuk menajamkan jentera serangan memandangkan Holgado sedang dihimpit masalah prestasi apabila berdepan kemarau jaringan di pertandingan peringkat kelab.

Aksi menentang Singapura dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 4 September ini manakala perlawanan kedua menentang Palestin bakal dilangsungkan di Stadium Sultan Ibrahim, 8 September.

Selain Holgado dan Palmero, Malaysia memiliki tiga lagi pemain warisan yang beraksi di luar negara iaitu Imanol Machuca, Facundo Garces dan Dion Cools malah ketika ini peminat mungkin berpeluang menyaksikan seorang lagi tambahan pemain kacukan, Nacho Mendez.

Cklamovski dijangka mengumumkan senarai penuh pemain dalam masa terdekat bagi membentuk skuad terbaik bagi aksi persahabatan tersebut. – KOSMO! ONLIE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI