fbpx
Kanak-kanak tersebut dibantu oleh seorang penunggang motosikal. - Weibo

Enggan besar jadi pembuli, bapa tinggal anak di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEIJING – Seorang kanak-kanak ditinggalkan di tepi lebuh raya di wilayah Xinjiang oleh bapanya sendiri sebagai hukuman kerana berkelahi dengan abangnya, lapor portal berita Must Share News semalam.

Dalam kejadian pada 16 Ogos lalu, seorang penunggang motosikal memberhentikan kenderaannya apabila melihat kanak-kanak lelaki itu berlegar-legar di Lebuhraya Kebangsaan China 219.

Kanak-kanak berusia antara tujuh ke lapan tahun itu memberitahu bahawa dia ditinggalkan oleh bapanya di tepi jalan kerana bergaduh dengan abangnya.

“Abang saya berkata buruk tentang saya dan saya memukulnya. Bapa kemudian marah kepada saya dan menyuruh saya keluar dari kereta,” kata kanak-kanak itu.

Penunggang motosikal itu kemudian menghubungi bapa kanak-kanak tersebut dan bertanyakan sama ada dia sedar bahawa anaknya sedang berjalan di tepi lebuh raya.

“Saya tahu. Ibunya sedang berjalan semula ke sana jalan untuk menjemputnya,” kata si bapa yang ketika itu sudah memandu 1.5 kilometer dari lokasi kejadian.

Walaupun sudah meminta maaf di media sosial berhubung tindakannya, si bapa mempertahankan tindakan itu dengan menjelaskan bahawa dia sudah memberikan dua kali amaran kepada anaknya sebelum menghukum kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, ramai pengguna media sosial mengkritik tindakan disiplin lelaki itu dan menegaskan bahawa terdapat cara yang lebih selamat untuk menghukum kanak-kanak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI