fbpx
AMIR (dua dari kiri) menyaksikan Muhammad Nazri (dua dari kanan) menandatangani surat akujanji pelepasan banduan secara lesen dalam majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen Ihsan Madani sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Penjara Kluang hari ini.

APM sedia terima bekas banduan jadi anggota sukarela

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KLUANG – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) menyatakan kesediaan pihaknya untuk menerima bekas banduan yang dilepaskan secara berlesen sebagai anggota pasukan itu secara sukarelawan bagi membolehkan mereka berkhidmat kepada masyarakat.

Komandan Pusat Latihan Pertahan Awam Wilayah Selatan (Pulasas) Kluang, Leftenan Kolonel (PA) Amir Sarifudin Zalman berkata, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti kriteria yang bersesuaian untuk menerima kemasukan bekas pesalah ini.

“Dengan cara ini, semua prospek ini akan mempunyai pekerjaan melalui unit beruniform dalam agensi kerajaan dan akan menjadi kebanggaan keluarga masing-masing.

“Perkara ini masih dalam cadangan dan ia akan diperhalusi secara teliti sebelum dapat dilaksanakan melalui kerjasama antara APM dan Jabatan Penjara,”katanya ketika ditemui selepas majlis Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan Madani sempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Penjara Kluang, hari ini.

Sementara itu, Pengarah Penjara Kluang, Timbalan Komisioner Penjara (TKP) Muhammad Nazri Nasrudin berkata, seramai 4,345 sudah dibebaskan selepas program ini mula diperkenalkan sejak tahun 2021.

Ujarnya, untuk hari ini seramai 35 orang prospek dan enam orang prospek wanita telah terpilih untuk menyertai program ini dan semua banduan ini adalah mereka yang dikenakan hukuman kurang daripada tiga tahun.

“Mereka akan meneruskan proses pemulihan melalui Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dibawah pemantauan dan bimbingan berterusan Pegawai Parol Daerah (PPD) agar transisi kealam masyarakat berlangsung secara terarah, berdisiplin dan bermaruah,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI